Saturday 23 August 2014

GAMBAR UPACARA PENGEBUMIAN MANGSA NAHAS MH17

 SENARAI 20 MANGSA NAHAS MH17 YANG DIBAWA PULANG


PILU... Berikut adalah gambar sekitar upacara pengembumian jenazah mangsa nahas penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine, bulan lalu.
Pesawat khas membawa 20 jenazah penumpang dan anak kapal MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi Jumaat. (credit to mstar)

 Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, (dua, kiri) melihat jenazah anaknya, Ariza Ghazalee, 46, dan cucunya, Muhamad Afif Tambi, 19, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di Kuching.

Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Junied, 29, balu pembantu juruterbang tragedi MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi sebak selepas menyiram air mawar di pusara suaminya sambil mendukung anaknya, Abderrahman Ahmad Hakimi, sepuluh bulan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya. 




Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, tidak dapat menahan kesedihan setelah keranda anaknya Ariza Ghazalee, 46, dan cucunya Muhammad Afif Tambi, 19, tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching, menggunakan pesawat Charlie C130 milik TUDM untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Semariang pada Jumaat.



 Aqif Raqif, 6, (kiri) dan adiknya, Arissa Raisya,3, (dua, kanan) bersama nenek Habibah Ismail, 68 (kanan) menyirami pusara ibu mereka, Ketua Pramugari MHAl-Hidayah Jalan Mua17, Azrina Yakob di tanah perkuburan Masjid zaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.


LAMBAIAN TERAKHIR … Isteri mendiang mangsa tragedi MH17 Harbinder Kaur, 52, kelihatan sebak dan pilu sambil melambaikan tangan ke arah mendiang sebelum upacara pembakaran mayat dilakukan di Nirvana Memorial Park Shah Alam.



Noriah Daud, 57, (tiga, kiri) ibu kepada pembantu juruterbang tragedi pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi bersama keluarga tidak dapat menahan kesedihan sebelum jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya.



Anak kepada pramugari pesawat MH17, Allahyarhamah Mastura Mustafa, Muhriz Marzaidi tidak dapat menahan kesedihan semasa melihat keranda jenazah ibunya di Masjid At-Taqwa setelah tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Nizam Ahmad, rakan setugas pembantu juruterbang, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi sebaki ketika mendukung anak Allahyarham, Abderrahman, 9 bulan, selepas solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat.
AL-FATIHAH pada yang telah pergi . kita yang hidup teruslah berdoa semoga mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. mungkin yang pergi tiada yang dapat menggantikannya. tapi percayalah pada takdir dan ketetapan ilahi . terlalu hebat perancangan Allah ini .

Thursday 21 August 2014

for the 1st time

 for the 1st time, aq strt berblogging balik . hehe . okey, esok aq kne hntar borang2 ptptn tu . borang dia bapakkk banyak . setem hasil pon mahal :( . takpe2 , dugaan peminjam sebenarnye ni . tpi mase nak bayar dugaan jugak. cmner tu ye . hehe .

 tak pe la, daripada menyusahkan mak bapak kita, baik kita pnjam je . sekurangnye ringan sikit beban dorang . yang penting blaja bersungguh-sungguh . kejar impian dan penuhi harapan mak ayah kita nak tengok kita berjaya . mak bapak mne la nk tengok anak dia terumbang-ambing hidup dia kan .so, yang penting kita JANGAN LUPA HARAPAN dorang .

 ni tak, setiap hujung minggu je habis duit . lepastu mintak ngn mak bapak ckap nk byar buku lah ape . tengok2 joli sana , joli sini ngan kawan . maklumlah bebas kan sejak2 dok ipt . okeyy, dah lari TAJUK dh nie . ok lah . gud nite korang :)